WELCOME TO MY BLOG...

Sunday, December 11, 2016

PERSATUAN PANDU PUTERI


kenapa saya jadikan Pandu Puteri sebagai tajuk post saya hari ini??
 kenangan yang tidak dapat dilupakan..walau perit bertahun hanya untuk Queens guide..alhamdulillah akhirnya berhasil..terima kasih ALLAH..



PERSETIAAN 

bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia. menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang kepanduan.

PENGALAMAN MENGAJAR AKU

dari seorang yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang dunia luar, yang tidak pernah tahu akan dunia luar mahupun perkembangan luar..mula ku temui jalan apabila aku bermula dari bawah. berjinak dengan menyertai setiap perkhemahan yang diadakan tidak kira peringkat mana pun. dunia aku makin luas dan berpengetahuan selepas pulang dari Jambori Antarabangsa sempadan Thailand di , Satun Thailad. dengan kepercayaan dan semangat yang diberikan oleh org tua ku, aku mampu berdiri setanding dengan ahli yang berilmu yang lain sehingga aku menjadi salah seorang calon Pandu Puteri Raja Daerah Setiu dan hanya 3 ahli yang lepas ke Pandu Puteri Raja..tiada siapa yang ketahui tentang itu kerana masyarakat tidak nampak apa kelebihannya sedangkan bangsa lain berkejar-kejaran dalam mendapatkan ANUGERAH PANDU PUTERI RAJA ini. aq merupakan batch 2014. dari persatuan ini juga aq banyak belajar untuk berdikari dan bersemangat walau apa jua yang datang. tanpa sedar guru-guru pandu puteri dari serata sekolah dalam daerah setiu bersama-sama membantu saya dalam memudahkan urusan saya..terutamanya Pn. Rosmawati selaku Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah Setiu dan Pn. Rahimah dari SMK Guntong, Pn. Nor Asiah Smk Chalok dan En. Zulkifli juga dari Smk Chalok.







kenangan yang tidak pernah dilupakan..setiap orang ada kehendak dan impian mereka sendiri..begitu juga aku..bak kata pepatah tak kenal, maka tak cinta..pengalaman mendewasakan kita tanpa kita sedari .