BIODATA RASULULLAH S.A.W
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim
Tarikh Lahir : subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi ( dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah di mana Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh Pertama : Barakah Al-Habsyiyyah ( digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu Susu Pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu Susu Kedua : Halimah binti Abu Zuaib As- Saadiah (lebih dikenali Halimah As- Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagia syaitan yang wujud di dalam hatinya
USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiyai oleh datuknya Abdul Muttalib
- Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib
( Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira ( Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja
- Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al- Asadiyah
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah ) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah
- Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut
USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira' sebgai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman
USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al- Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al- Siddiq
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiuawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.