WELCOME TO MY BLOG...

Wednesday, December 7, 2016

ABDULLAH MUNSYI

Assalamualaikum..

 hari ini saya nak share maklumat atau kisah Hikayat Abdullah Munsyi.. sebelum ni, saya tak pernah kenal siapa itu abdullah Munsyi.. sehingga lah saya masuk kelas subjek TITAS dima kumpulan saya dikehendaki buat tugasan kumpulan mengenai karya-karya Melayu..Masa mula-mula dapat tajuk tu, apa yang saya fikir hanya lah Hang Tuah, Lang Buana, Sang Kancil, Merong Mahawangsa... itu sahaja.. tapi once dah cari dalam internet tetiba keluar gambar buku mengenai ABDULLAH MUNSYI...




Antara karya-karya beliau adalah :

  1. Syair Singapura Terbakar 1843
  2. Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835)
  3. Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
  4. Dawai-Kulub (1838)
  5. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
  6. Hikayat Abdullah (1843)
  7. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).
  8. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838)
  9. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9).


Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir merupakan seorang tokoh yang tidak asing dalam tamadun melayu selepas kedatangan islam dimana beliau telah menghasilkan beberapa karya yang berkait rapat dengan kehidupan seharian di Malaya (Malaysia) dan kisah hidupnya sendiri. Beliau yang dilahirkan di Kampung Pali yang kini dikenali sebagai Kampung Masjid, Melaka pada 7 Safar 1796. Beliau merupakan anak bongsu dari lima beradik.
Beliau sangat mahir dalam penguasaan bahasa Melayu, bahasa Arab, bahasa Tamil, dan bahasa Inggeris. Beliau menerima gelaran “Munsyi” yang membawa erti guru ketika usianya 11 tahun  kerana kepintarannya dan mempunyai banyak ilmu. Gelaran “Munsyi “ terletak pada hujung nama beliau dan gelarannya tersebut digunakan Abdullah sehingga menjadi sebahagian daripada nama penuh beliau hingga kini.
Abdullah meninggal dunia pada tahun 1854 ketika berusia 58 tahun semasa dalam perjalanan ke Mekah. Pada ketika itu, beliau ingin menunaikan fardhu haji pada 19 Januari 1854 dan sepanjang perjalanan, beliau mencatat pengalamannya tetapi terhenti apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di Mekah. Meskipun tidak dapat menyiapkan catatannya, hasil tulisan beliau tetap dicetak dan di beri tajuk “ Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah”.
Dalam hikayat Abdullah Munsyi ini terdapat 29 bab dimana keseluruhan bab adalah mengenai perjalanan kehidupan seharian beliau. Antara tajuk bagi bab-bab dalam hikayat Abdullah Munsyi ialah ‘Hikayat Abdullah’, ‘Peri Abdullah Diperanakkan’, ’ Permulaan Belajar Mengaji’, ‘Darihal Kota Melaka’, ‘ Anglo College’, ‘Darihal Tuan Raffles’, ‘ Darihal Raja Furquhar’, ‘ Darihal Lord Minto’, ‘ Darihal Tengku Panglima Besar’, ‘ Darihal Kemel Farquhar Pergi Mencari Tempat Hendak Membuat Negeri, ‘Darihal Kemel Farquhqr Kena Tikam’, ‘ Darihal Negeri Singapura’, ‘Darihal Tempat Belajar Tuan Raffles’, ‘ Darihal Tengku Long’ , ‘ ‘Darihal Kernel Farquhar Kena Tikam’, ‘Darihal Tempat Belajar Tuan Raffles’, ‘Darihal Surat Raja Siam’, ‘Darihal Tuan Raffles Membuat Undang-Undang Negeri Singapura, Adanya’, ‘Darihal Tuan Raffles Hendak Pulang’, ‘Darihal Kernel Farquhar Hendak Pulang’, ‘Darihal Doctor Mengubati Penyakit Pasang-Pasangan’, ‘Darihal T’ien Ti Hui Dalam Negeri Singapura’, ‘Darihal Tuan Crawfurd Dengan Sultan Husin Syah Negeri Singapura’, ‘Darihal Chapel Atau Tempat Sembahyang Orang Putih Di Melaka’, ‘Ini Salasilah Asal Penghulu Naning’, ‘Darihal Sultan Husin Syah Singapura’, ‘Darihal Gereja Inggeris Di Singapura’, ‘Darihal Tuan Gabenor Butterworth’ dan berakhir dengan bab ‘Penutup’.
Secara keseluruhannya, hikayat ini merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan penulis dan penduduk negeri Melaka serta peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam atau di luar kerajaan,  penduduk tempatan dan pemerintah. Abdullah juga telah menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap bahasa Melayu, sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan sistem pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan, bersistem serta teratur. Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa tinggal di Melaka.

Itu serba sedikit mengenai Hikayat Abdullah Munsyi dan Latar Belakang beliau.

Semoga ia menambah pengetahuan kalian yer...😊😊😊😊😊

2 comments: