WELCOME TO MY BLOG...

Thursday, December 1, 2016

CARA QADA SOLAT YANG TERTINGGAL

Assalamualaikum,
 Selamat pagi dan Salam dhuha..

Pagi ini saya nak share sedikit info tentang qada solat. sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke-2. Selama ini kita pernah tak tinggal solat??

kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah SWT suruh. Mungkin kita adalah golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering kali tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..

Alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi kita ruang untuk bertaubat.Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yangditinggalkan kena ganti, hutamg dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah SWT.

Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada' solat?

 Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja, terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya, sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kena lalai semasa "muda-muda dulu". Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah S.A.W sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun baginda tidak tertidur atau terlupa.

 Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai "waktu Allah", qadha " waktu kita"

Dari 'Aisyah r.a katanya : "Apabila Rasulullah S.A.W lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat". (Muslim)

cara niat Qada bagi solat lima waktu pula ialah :
  
  1. Solat Subuh : "Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
  2. Solat Zuhur : " Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
  3. Solat Asar   : " Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
  4. Solat Maghrib : " Sahaja aku solat fardu Maghrib empat tiga rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
  5. Solat Isyak : " Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala" 
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat ( sengaja dan tidak sengaja ) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib bagi qada solat yang telah tertinggal.

Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebnayak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakan lah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya. Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akhil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada  dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, berterusan begitu semoga diterima Allah.

Selain itu, ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana ?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung kepada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, in sha Allah akan diampuni dosa-dosanya.

Untuk pengetahuan semua, daqa solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam...😊😊😉

MY INTRO BLOG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  
Tujuan saya membuat blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman, kenangan dan juga maklmat yang saya perolehi, alami, dan lalui sepanjang hidup saya hingga ke hari ini. Andai ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di bahagian komen yer.👌👌