WELCOME TO MY BLOG...

Monday, December 12, 2016

SALAM MAULIDUR RASUL



BIODATA RASULULLAH S.A.W


Nama                        :  Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim


Tarikh Lahir           :   subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (                                                 dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah di                                           mana Abrahah yang menyerang kota Kaabah)


Tempat Lahir         :   Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


Nama Bapa             :   Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama Ibu                :   Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama    :   Barakah Al-Habsyiyyah ( digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa                                             Rasulullah SAW).

Ibu Susu Pertama      :   Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu Susu Kedua          :   Halimah binti Abu Zuaib As- Saadiah (lebih dikenali Halimah As- Saadiah.                                           Suaminya bernama Abu Kabsyah).






USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagia syaitan yang wujud di dalam hatinya
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiyai oleh datuknya Abdul Muttalib
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib
USIA 9 TAHUN
 ( Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira ( Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja
  • Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al- Asadiyah
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah ) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham
USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut

USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira' sebgai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman
USIA 53 TAHUN

  • Berhijrah ke Madinah Al- Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al- Siddiq
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiuawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN

  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.