apa khabar semua.. nak tahu tak, hari ini saya rushing nak siapkan assignment group multimedia. saya create iklan tuk promo fakulti saya di University College Bestari.saya da buat tapi tak tahu ok ke tak cause i just try do my best. saya suka sebab sebelum ni da pernah create animation by flash tp tak faham but now, saya create tapi saya faham.. mohon comment yer bile da tengok.hihi
Wednesday, December 7, 2016
MULTIMEDIA
Assamualaikum..huhu

ABDULLAH MUNSYI
Assalamualaikum..
hari ini saya nak share maklumat atau kisah Hikayat Abdullah Munsyi.. sebelum ni, saya tak pernah kenal siapa itu abdullah Munsyi.. sehingga lah saya masuk kelas subjek TITAS dima kumpulan saya dikehendaki buat tugasan kumpulan mengenai karya-karya Melayu..Masa mula-mula dapat tajuk tu, apa yang saya fikir hanya lah Hang Tuah, Lang Buana, Sang Kancil, Merong Mahawangsa... itu sahaja.. tapi once dah cari dalam internet tetiba keluar gambar buku mengenai ABDULLAH MUNSYI...
Antara karya-karya beliau adalah :

- Syair Singapura Terbakar 1843
- Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835)
- Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
- Dawai-Kulub (1838)
- Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
- Hikayat Abdullah (1843)
- Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).
- Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838)
- Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9).
Abdullah Munsyi atau nama
sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir merupakan seorang tokoh yang tidak asing
dalam tamadun melayu selepas kedatangan islam dimana beliau telah menghasilkan
beberapa karya yang berkait rapat dengan kehidupan seharian di Malaya
(Malaysia) dan kisah hidupnya sendiri. Beliau yang dilahirkan di Kampung Pali
yang kini dikenali sebagai Kampung Masjid, Melaka pada 7 Safar 1796. Beliau
merupakan anak bongsu dari lima beradik.
Beliau sangat mahir dalam
penguasaan bahasa Melayu, bahasa Arab, bahasa Tamil, dan bahasa Inggeris.
Beliau menerima gelaran “Munsyi” yang membawa erti guru ketika usianya 11 tahun
kerana kepintarannya dan mempunyai
banyak ilmu. Gelaran “Munsyi “ terletak pada hujung nama beliau dan gelarannya tersebut
digunakan Abdullah sehingga menjadi sebahagian daripada nama penuh beliau
hingga kini.
Abdullah meninggal dunia
pada tahun 1854 ketika berusia 58 tahun semasa dalam perjalanan ke Mekah. Pada
ketika itu, beliau ingin menunaikan fardhu haji pada 19 Januari 1854 dan
sepanjang perjalanan, beliau mencatat pengalamannya tetapi terhenti apabila
beliau menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di Mekah. Meskipun tidak
dapat menyiapkan catatannya, hasil tulisan beliau tetap dicetak dan di beri tajuk
“ Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah”.
Dalam hikayat Abdullah
Munsyi ini terdapat 29 bab dimana keseluruhan bab adalah mengenai perjalanan
kehidupan seharian beliau. Antara tajuk bagi bab-bab dalam hikayat Abdullah
Munsyi ialah ‘Hikayat Abdullah’, ‘Peri Abdullah Diperanakkan’, ’ Permulaan
Belajar Mengaji’, ‘Darihal Kota Melaka’, ‘ Anglo College’, ‘Darihal Tuan
Raffles’, ‘ Darihal Raja Furquhar’, ‘ Darihal Lord Minto’, ‘ Darihal Tengku
Panglima Besar’, ‘ Darihal Kemel Farquhar Pergi Mencari Tempat Hendak Membuat
Negeri, ‘Darihal Kemel Farquhqr Kena Tikam’, ‘ Darihal Negeri Singapura’,
‘Darihal Tempat Belajar Tuan Raffles’, ‘ Darihal Tengku Long’ , ‘ ‘Darihal Kernel Farquhar Kena Tikam’, ‘Darihal Tempat Belajar Tuan Raffles’, ‘Darihal Surat Raja Siam’, ‘Darihal Tuan Raffles Membuat Undang-Undang Negeri Singapura, Adanya’, ‘Darihal Tuan Raffles Hendak Pulang’, ‘Darihal Kernel Farquhar Hendak Pulang’, ‘Darihal Doctor Mengubati Penyakit Pasang-Pasangan’, ‘Darihal T’ien Ti Hui Dalam Negeri Singapura’, ‘Darihal Tuan Crawfurd Dengan Sultan Husin Syah Negeri Singapura’, ‘Darihal Chapel Atau Tempat Sembahyang Orang Putih Di Melaka’, ‘Ini Salasilah Asal Penghulu Naning’, ‘Darihal Sultan Husin Syah Singapura’, ‘Darihal Gereja Inggeris Di Singapura’, ‘Darihal Tuan Gabenor Butterworth’ dan berakhir dengan bab ‘Penutup’.
Secara keseluruhannya, hikayat ini merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan penulis dan penduduk negeri Melaka serta peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam atau di luar kerajaan, penduduk tempatan dan pemerintah. Abdullah juga telah menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap bahasa Melayu, sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan sistem pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan, bersistem serta teratur. Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa tinggal di Melaka.
Itu serba sedikit mengenai Hikayat Abdullah Munsyi dan Latar Belakang beliau.
Semoga ia menambah pengetahuan kalian yer...😊😊😊😊😊
Thursday, December 1, 2016
CARA QADA SOLAT YANG TERTINGGAL
Assalamualaikum,
Selamat pagi dan Salam dhuha..
Pagi ini saya nak share sedikit info tentang qada solat. sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke-2. Selama ini kita pernah tak tinggal solat??
kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah SWT suruh. Mungkin kita adalah golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering kali tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..
Alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi kita ruang untuk bertaubat.Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yangditinggalkan kena ganti, hutamg dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah SWT.
Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada' solat?
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja, terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya, sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kena lalai semasa "muda-muda dulu". Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah S.A.W sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai "waktu Allah", qadha " waktu kita"
Dari 'Aisyah r.a katanya : "Apabila Rasulullah S.A.W lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat". (Muslim)
cara niat Qada bagi solat lima waktu pula ialah :
Jawabnya, Wajib bagi qada solat yang telah tertinggal.
Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebnayak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakan lah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya. Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akhil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, berterusan begitu semoga diterima Allah.
Selain itu, ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung kepada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, in sha Allah akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, daqa solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam...😊😊😉

- Solat Subuh : "Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
- Solat Zuhur : " Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
- Solat Asar : " Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
- Solat Maghrib : " Sahaja aku solat fardu Maghrib empat tiga rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
- Solat Isyak : " Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
Jawabnya, Wajib bagi qada solat yang telah tertinggal.
Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebnayak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakan lah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya. Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akhil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, berterusan begitu semoga diterima Allah.
Selain itu, ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung kepada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, in sha Allah akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, daqa solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam...😊😊😉
MY INTRO BLOG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tujuan saya membuat blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman, kenangan dan juga maklmat yang saya perolehi, alami, dan lalui sepanjang hidup saya hingga ke hari ini. Andai ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di bahagian komen yer.👌👌
Subscribe to:
Posts (Atom)