WELCOME TO MY BLOG...

Saturday, September 9, 2017

BARU BUKA

assalamualaikum...

hari ini baru buka balik blog..lama sudah tinggal..
jadi, dalam blog ini saya akan jadikan tempat luahan saya, bukan semata-mata untuk dipaparkan tetapi untuk berkongsi perjalanan hidup saya..

sekarang saya baru masuk semester pertama tahun kedua di kolej saya dengan course yang sama iaitu Bachelor of IT. so, balance lagi 2 tahun setengah. bila saya sudah melangkah ke semester ini, apabila sy pandang ke bellakang, sudah banyak laluan yang sy lalui dan rintangan yang sy harungi dari pelbagai aspek.

aspek-aspeknya adalah :
   - keluarga
   - keadaan persekitaran
   - diri sendiri
   - percintaan

hurm..pelik kan, tp tu lah kenyataannya..kehidupan setiap hambaNya adalah berbeza..walau dikatakan " saya faham keadaan awk", walhal xpn sbb penerimaan rasa tu berbeza..

so, jangan kita mudah menghukum, tp nilai lah dalam diam sbb lama kelamaan kita akan tahu mana yang benar dan mana yang salah..

Tuesday, December 13, 2016

PENGAKAP






PERSETIAAN

bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya saya 
akan taat kepada tuhan, raja dan negara saya, Malaysia. Menolong orang pada setiap masa dan mematuhi undang-undang pengakap


UNDANG-UNDANG PENGAKAP




MAKSUD HORMAT PENGAKAP
 



LIRIK LAGU PENGAKAP MALAYSIA
 


TUJUAN PERGERAKAN PENGAKAP DAN PERANAN PENGAKAP KELANA

tujuan pengakap adalah untuk melatih dan menggalakkan perkembangan Jasmani, akal dan pergaulan dikalangan generasi muda supaya mengambil bahagian konstruktif dalam perkembangan untuk menjadi seorang idividu yang bertanggungjawab.
 

Monday, December 12, 2016

SALAM MAULIDUR RASUL



BIODATA RASULULLAH S.A.W


Nama                        :  Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim


Tarikh Lahir           :   subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (                                                 dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah di                                           mana Abrahah yang menyerang kota Kaabah)


Tempat Lahir         :   Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


Nama Bapa             :   Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama Ibu                :   Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama    :   Barakah Al-Habsyiyyah ( digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa                                             Rasulullah SAW).

Ibu Susu Pertama      :   Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu Susu Kedua          :   Halimah binti Abu Zuaib As- Saadiah (lebih dikenali Halimah As- Saadiah.                                           Suaminya bernama Abu Kabsyah).






USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagia syaitan yang wujud di dalam hatinya
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiyai oleh datuknya Abdul Muttalib
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib
USIA 9 TAHUN
 ( Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira ( Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja
  • Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al- Asadiyah
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah ) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham
USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut

USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira' sebgai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman
USIA 53 TAHUN

  • Berhijrah ke Madinah Al- Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al- Siddiq
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiuawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN

  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. 


Sunday, December 11, 2016

PERSATUAN PANDU PUTERI


kenapa saya jadikan Pandu Puteri sebagai tajuk post saya hari ini??
 kenangan yang tidak dapat dilupakan..walau perit bertahun hanya untuk Queens guide..alhamdulillah akhirnya berhasil..terima kasih ALLAH..



PERSETIAAN 

bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia. menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang kepanduan.

PENGALAMAN MENGAJAR AKU

dari seorang yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang dunia luar, yang tidak pernah tahu akan dunia luar mahupun perkembangan luar..mula ku temui jalan apabila aku bermula dari bawah. berjinak dengan menyertai setiap perkhemahan yang diadakan tidak kira peringkat mana pun. dunia aku makin luas dan berpengetahuan selepas pulang dari Jambori Antarabangsa sempadan Thailand di , Satun Thailad. dengan kepercayaan dan semangat yang diberikan oleh org tua ku, aku mampu berdiri setanding dengan ahli yang berilmu yang lain sehingga aku menjadi salah seorang calon Pandu Puteri Raja Daerah Setiu dan hanya 3 ahli yang lepas ke Pandu Puteri Raja..tiada siapa yang ketahui tentang itu kerana masyarakat tidak nampak apa kelebihannya sedangkan bangsa lain berkejar-kejaran dalam mendapatkan ANUGERAH PANDU PUTERI RAJA ini. aq merupakan batch 2014. dari persatuan ini juga aq banyak belajar untuk berdikari dan bersemangat walau apa jua yang datang. tanpa sedar guru-guru pandu puteri dari serata sekolah dalam daerah setiu bersama-sama membantu saya dalam memudahkan urusan saya..terutamanya Pn. Rosmawati selaku Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah Setiu dan Pn. Rahimah dari SMK Guntong, Pn. Nor Asiah Smk Chalok dan En. Zulkifli juga dari Smk Chalok.







kenangan yang tidak pernah dilupakan..setiap orang ada kehendak dan impian mereka sendiri..begitu juga aku..bak kata pepatah tak kenal, maka tak cinta..pengalaman mendewasakan kita tanpa kita sedari .

Thursday, December 8, 2016

SELALU BERSYUKUR

Assalamualaikum...

 dalam hidup kita inginkan perubahan walau kita sering kali jatuh dan bangun kembali dengan niat dan semangat yang benar..


 







semoga bermanfaat yer...👌😇😇😇